Poster Mikanoid

Mikanoid

Robot itu mengingatkan Mika tentang tarikh. Tarikh yang sepatutnya dia lupa.

  • Film
  • Drama
  • Pengarah: Sofyank
  • Pra-produksi
RM 0terkumpul daripada RM 1,700,000
0penyokong
20 Februari 2027tarikh tutup
Sokong projek ini

Sinopsis

Mika adalah seorang mekanik yang bekerja di sebuah bengkel kecil di pinggir bandar. Hari-harinya diisi dengan bunyi gerudi, bau minyak mesin, dan decitan spring. Jika pada waktu malam, tiada apa yang menemaninya kecuali cengkerik yang menyanyi. Mika seorang yang pendiam, tetapi tangannya amat mahir dan matanya pasti bersinar apabila berjaya menghidupkan semula enjin/mesin yang rosak. Bagi Mika, dunia adalah logik: ada alat rosak, pasti ada cara untuk membaikinya.

Sebuah van penghantaran tiba di bengkel Mika dengan muatan alat-alat elektrik usang dan lapuk. Di celah-celah mesin basuh dan pengisar karat yang dilonggokkan Bell itu, tersimpan satu robot servis model lama di dalam kotak buangan. Nomi, satu robot yang rupanya seakan manusia wanita. Keadaannya berkarat dan teruk. Kata Bell, ada satu pelanggan yang aneh menjumpai dan meminta Bell utuk menghapuskan terus. Bell bercadang agar, jangan dirosakkan kecuali mereka ambil bahagian-bahagian komponen yang kesemuanya berkualiti tinggi. Namun, apabila Mika memeriksa litar dalamannya, dia terkejut. Nomi bukan sahaja masih boleh dibaiki, malah Nomi mempunyai sisa-sisa memori—secebis perasaan, satu imej kabur tentang seorang kanak-kanak perempuan yang tidak dikenali.

Mika mula membaiki Nomi itu dengan penuh ketekunan, hari demi hari, malam berganti malam, seolah ada suatu di dalam Mika yang memaksa dia untuk terus membaikinya tanpa dia sedar. Sehingga pada suatu malam, Mika berjaya menghidupkan semula Nomi dan Mika teruja untuk bercakap dengannya. Komedi tercipta apabila Nomi tiba-tiba menyala dan bercakap dengan nada sarkastik, mengkritik cara Mika mengendalikan sepana atau menyanyi lagu-lagu lama dengan nada sumbang. Nomi walaubagimanapun kelihatan selesa bersama Mika dan terus menceritakan tentang impiannya untuk melancong, tentang rasa kehilangan yang tidak dapat dia jelaskan dan berbagai lagi. Pada keadaan itu, Mika tersedar bahawa dia bukan sahaja menghabiskan siang dan malam membaiki satu robot; tetapi Mika sebenarnya perlukan sesuatu yang telah hilang dalam dirinya.

Ketawa mereka beransur pudar apabila robot itu, dalam rengekan pendawaiannya, menyebut tarikh: 14 Julai 2005. Tarikh yang sama terpahat di dalam cip ingatan Mika yang paling dalam. Mika tersentak. Dia berlari ke cermin, menepuk dadanya, mendengar—tiada denyutan. Perlahan-lahan, realiti yang selama ini dipadamkan mula menyala semula. Mika bukanlah manusia. Dia juga seorang robot yang telah diprogram untuk lupa. Cerita dari komedi ringan mula bertukar menjadi pencarian menyakitkan tentang siapa dia sebenarnya, dan mengapa dia diberi ilusi untuk menjadi manusia.

Pasukan & pelakon

Tier sokongan

Pilih tier & sokong