Poster Masih

Masih

Apakah kita terlupa bayang bayang kita itu adalah kita sendiri?

  • Film
  • Thriller
  • Pengarah: East Prodigy
  • Pra-produksi
RM 5terkumpul daripada RM 1,500,000
1penyokong
20 Februari 2027tarikh tutup
Sokong projek ini

Sinopsis

Laila tidak pernah melawan. Tujuh tahun berkahwin, dia sentiasa menjadi seorang isteri yang sempurna — memasak, mengemas, dan sentiasa tersenyum walaupun hatinya berkerut. Arif, suaminya, sentiasa pulang rumah dari kerja tepat pada waktunya dan mencium dahi Laila, dan bertanya dengan suara lembut, "Hari ni penat ke, sayang?" dan Laila pasti akan menggeleng. Dia tidak pernah mengeluh kerana Arif tidak pernah memberi sebab untuk mengeluh. Ariff juga bukan seorang yang kasar, tidak pernah meninggikan suara, malah membantu melipat baju sambil bercerita tentang kerjanya di firma.

Syaitan pasti hadir dan akan merosakkan kebahgiaan itu. Pada suatu malam, dia terhidu bau wangi yang asing pada kolar kemeja Arif — bau bunga melati yang bukan miliknya. Telefon Arif yang terselit di bawah bantal, diperiksa Laila tetapi tiada mesej yang mencurigakan - cuma mesej daripada teman serumah mereka, Maya. "Abang, “dah balik ke? Maya nak kirim makan”. Laila tersentak menggigit bibir. Laila tidak pernah dengar Maya memanggil Arif "Abang". Sejak bila?

Laila terus memerhatikan mereka dari dapur, dari ruang tamu, dari setiap penjuru rumah mereka. Ada satu kali itu, Maya keluar dari bilik air dengan rambut basah, dan Arif tersenyum, “Masuk pakai baju cepat, nanti sejuk pula." Suaranya lembut, tetapi terlalu aneh untuk seorang yang biasanya pendiam. Laila mahu bertanya, tetapi bibirnya rapat. Dia taat. Dia menelan pertanyaan itu bersama air liurnya.

Di pejabat Arif, Laila datang menghantar bekal. Dari belakang tiang, dia ternampak Arif ketawa dengan rakan sekerjanya sambil menunjukkan gambar Maya di telefon. "Maya tu macam adik sendiri," kata Arif. "Laila pun sayang dia." Laila terkedu. Dia sayang Maya? Atau Arif yang terlalu sayang? Malam itu, dia cuba bertanya dengan halus, "Arif... awak rasa Maya tu macam mana?" Arif mengusap rambutnya, menjawab tenang, "Macam adik. Kenapa, sayang?" Laila menggeleng. Dia tidak mahu kelihatan cemburu. Isteri yang baik tidak menuduh tanpa bukti. Isteri yang baik tidak akan mengeluarkan soalan yang tidak selesa kepada suami.

Namun kecurigaan itu terus menghantuinya. Apabila Arif berkata dia perlu ke kampung selama tiga hari untuk urusan pusaka, Laila ternampak nota kecil dari poket seluarnya — tulisan Maya, dengan alamat rumah kampung yang Laila tidak pernah tahu wujud. "Rumah Mak Long Kechil, Kampung Sungai Burung." Laila tidak bertanya. Dia hanya menaiki bas ke Terengganu seorang diri, tanpa memberitahu sesiapa.
Di kampung, dia bertemu pakcik tua yang memberitahu rumah Mak Long Kechil sudah kosong dan pemiliknya meninggal dua tahun lalu tetapi ketika dia melangkah masuk ke halaman rumah itu, dia ternampak Maya — duduk di tangga rumah, memegang cawan kopi. Maya kelihatan terkejut.

"Laila? Kenapa kau ada sini?"
Laila tidak menjawab. Dia terus melangkah dekat. "Mana Arif?"
Maya menggeleng tenang. “Arif? Arif tak ada sini."
"Jangan tipu!" suara Laila meninggi buat pertama kalinya. Dia menolak bahu Maya, cawan kopi terhempas ke lantai. Maya terhuyung tetapi tetap berdiri. "Aku tahu dia balik kampung ini dengan kau!”
Maya mengeluh panjang. "Laila... aku baru sampai pagi tadi…”
"Kau tipu!" Laila meramas lengan Maya, menggoncangnya kuat. "Kau tipu! Aku nampak dia! Aku nampak kau!"
Maya tidak melawan. Dia hanya membiarkan Laila menggoncangnya, membiarkan kuku Laila mencengkam tangannya sehingga meninggalkan bekas merah.

Setiba itu, tiba tiba tangan Ariff masuk dan memegang belakang Laila, “Sayang…”.

“Kan…aku dah agak dah kau bohong” Laila menerkam Maya.

Pasukan & pelakon

Tier sokongan

Pilih tier & sokong