Kasi Jadi Jom?
Kami percaya setiap idea yang hebat layak untuk dihasilkan — dengan sokongan komuniti yang percaya pada visi yang sama.
Lebih sedekad merayau sana sini antara orang kaya ini, Datuk ini, Tan Sri itu, syarikat ini, jenama itu, studio dan pejabat di seluruh Malaysia — mengejar mencari mengais dana hanya kerana mahu idea si kerdil ini direalisasikan, tetapi 99% waktunya, hampa. Kami tahu macam mana rasanya ada skrip siap atau prototaip berfungsi tapi tak tahu nak bawa ke mana. Buat perap dalam otak, peram dalam SSD, sampai bila? Sampai tiba tiba idea kita direalisasikan orang lain dan kita hanya mampu gembira dalam sedih melihat kejayaan mereka.
Kasi Jadi Jom wujud sebab kami dah penat tengok kru/pengkarya/pemaju solo berbakat batalkan niat dan impian hanya sebab pintu dana tradisional tertutup untuk mereka, dan kembali kepada persoalan looping - "Ok siapa ya boleh tolong aku sekarang?"
Kebanyakkan dari pengkarya ingin juga merasa bebas daripada keterikatan syarat & caturan harga stesen TV dan platform OTT. Mereka juga ingin merasakan Hakmilik produksi kekal, Royalti, dan Licensing Fees sepenuhnya milik mereka. Dapat mereka rasakan bersama keluarga dan yang tercinta dan kami percaya bahawa artis secara am labelnya itu — pelakon, penulis, pengarah, sinematografer, pereka set dll.— harus ddiberikan peluang untuk mencari ruang dan peluang sendiri untuk mencapai garapan mereka.
Visi kami adalah untuk membantu mereka mengekalkan kestabilan arus gerak peluang pekerjaan yang berterusan. Bukan apabila dilihat suram, dilihat surut, ditanya "Tengah takde job la tu..." sedangkan tiada bantuan dan sokongan apa pun dihulurkan. Sedangkan kita semua sama sama gembira dan suka apabila naskhah berjaya dihasilkan dan memanfaat secara dakwah atau hiburan kecil bagi awam dan seniman. Kami cipta platform KJJ ini untuk menempatkan karya berkualiti tinggi dan moga berjaya menjemput ramai untuk di dihasilkan, dan semua orang yang terlibat mendapat nikmat kerjasama yang sewajarnya. Pasti bukan selamanya bertakuk dengan sumbangan, tapi batu loncatan apa kecuali hanya canangan sahaja?
Terutama sekali apabila kita tahu kita ada peminat yang sangat setia yang sanggup menyokong usaha seni kita dan membelanjakan wang untuk karya kita. Mereka adalah peminat yang faham dan menghargai setiap detik, setiap babak, setiap usaha yang kita curahkan. Mereka adalah sebab utama kita terus berkarya. Mereka juga mahu projek ini berjaya, tetapi di mana mampu mereka membantu kita?
Kita semua berkongsi idea-idea hebat di media sosial dan kita mahu melihatnya menjadi kenyataan. Idea-idea hebat perlukan wang untuk direalisasikan. Bukan setakat sembang acah art tapi mati haus kontang di jalanan, dibiar berdebu hasil jenuh perah otak. Kita boleh terus menunggu — atau kita boleh bermula daripada pendanaan ramai kerana sebenarnya ramai orang yang mahu membantu dan mahu melihat kita menang. Mereka mahu menjadi sebahagian daripada kejayaan ini. Kasi Jadi Jom! adalah jambatan antara impian dan realiti.
Misi Kami
Memudahkan mana-mana artis — pengarah, pereka game, pembina app dll. — untuk mengkhabarkan karya di hadapan orang yang betul-betul nak tengok ia dihasilkan, membiayainya bersama, dan kekal sebagai sebahagian daripada proses. Kami bekerjasama terus dengan penerbit, pengarah, dan studio bebas untuk buka pintu ini luas-lebar, satu projek pada satu masa. Awalan ini, kami damping bersama penerbit produksi Pandang Timur untuk keizinan kongsi luah ini.
Untuk Peminat Setia
Kepada semua peminat yang sentiasa menyokong — kami tahu anda wujud. Kami tahu anda mahu melihat karya kegemaran anda dihasilkan dengan kualiti terbaik. Kasi Jadi Jom adalah ruang untuk anda — untuk menjadi lebih daripada sekadar penonton. Untuk menjadi sebahagian daripada sejarah.
Untuk Pencipta
Jangan biarkan projek hebat anda mati di atas kertas. Di Kasi Jadi Jom, anda akan menemui komuniti yang percaya pada visi anda dan bersedia untuk membantu merealisasikannya. Kami akan berada di sisi anda — dari pra-produksi hingga ke tayangan perdana. In Syaa Allah.
"Giatkan, Sumbang, Jalan Sama"
Siapa kami
Kasi Jadi Jom! dikendalikan oleh NS CREATIVE SOLUTIONS, syarikat berdaftar di Malaysia (202503345489 (003806119-D)), Kuala Lumpur, Malaysia.
Kami bukan platform pelaburan: sumbangan di sini adalah sumbangan & ganjaran, bukan ekuiti. Bayaran diproses oleh Billplz (FPX, e-dompet dan PayLater), dan Kasi Jadi Jom! tidak pernah melihat butiran log masuk bank anda. Baca Terma & Syarat dan Polisi Privasi kami, atau hubungi kami.