Poster El & Kyra : Goodbye Pony

El & Kyra : Goodbye Pony

Adakalanya, perpisahan yang penuh cinta lebih indah dari pertemuan yang dipaksa.

  • Film
  • Drama
  • Pengarah: Idora Rahman
  • Pra-produksi
RM 550terkumpul daripada RM 1,500,000
11penyokong
20 Februari 2027tarikh tutup
Sokong projek ini

Sinopsis

EL dan Kyra tidak pernah bertemu. Namun sejak pertemuan pertama di sebuah bengkel seni di Kuala Lumpur, mereka dihantui oleh satu perasaan ganjil — seolah-olah mereka telah mengenali antara satu sama lain sejak lama.

Mereka mula rapat. EL yang pendiam mula terbuka. Kyra yang ceria mula menunjukkan sisi lembutnya. Mereka berkongsi mimpi-mimpi aneh yang sama — sebuah restoran bernama The Spices, sebuah pantai yang sunyi, dan perasaan kehilangan yang tidak mampu dijelaskan.

Momen-momen indah mengisi hari-hari mereka:

Di sebuah kafe, Kyra cuba mengajar EL menari — tapi EL mempunyai dua kaki kiri. Kyra ketawa terbahak-bahak sambil EL mengeluh malu. "You ni macam robot rosak, EL!" — dan untuk pertama kalinya, EL ketawa dengan tulus.

Di pantai, Kyra dengan penuh semangat ingin menunggang kuda poni — tapi dia jatuh tiga kali dalam masa 10 minit. EL yang panik berlari ke arahnya, tetapi Kyra bangun sambil tersenyum, "I okay! Tapi I rasa pony tu benci I lah." EL hanya menggeleng kepala sambil tersenyum — tapi hatinya berdebar melihat betapa comelnya Kyra.

Dalam satu babak yang tak terlupakan, mereka makan seafood di restoran tepi pantai. Kyra yang alah pada ketam tanpa sengaja makan sos yang mengandungi ketam. Mukanya merah, bibirnya bengkak, dan dia tercungap-cungap. EL panik setengah mati, terus membawa Kyra ke klinik. Sepanjang perjalanan, Kyra masih sempat bergurau: "Nasib baik I sorang je yang allergic. Kalau you pun allergic, siapa nak hantar I gi klinik?" EL hanya ketawa sambil risau.

Di The Spices, mereka ditemani Kak Aina yang mengenali mereka sebagai "peristiwa mi kari tumpah". EL dan Kyra saling berpandangan — kenapa orang lain nampak mereka sebagai pasangan, sedangkan mereka sendiri baru mengenali?

"Hati hati bawak mi tu nanti, EL" sindir seorang yang sedang makan.
"Hah?!" sentak EL di dalma hati.

Dan pada suatu malam, di pantai yang sunyi, EL tanpa sedar melafazkan rasa yang menghantui Kyra — "Mulut kata benci, tapi hati kata sayang." Kyra terkejut. Air matanya mengalir. "Apa you cakap ni!? Dari mana you dengar ayat tu?" EL tidak mampu menjawab — kerana dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya.

Dalam pencarian untuk mengungkap misteri, mereka ditemukan oleh Pak Harun, seorang bomoh tua yang mendedahkan satu kebenaran yang menghancurkan: EL dan Kyra adalah sepasang kekasih yang sudah berkahwin — tetapi di dunia yang lain. Cinta mereka terlalu kuat sehingga menembusi dinding antara dimensi. Tapi di dunia ini, mereka tidak ditakdirkan bersama. Jika mereka memaksa, mereka akan mengganggu keseimbangan dan kehilangan segalanya.

Mereka terpaksa membuat pilihan paling pahit.

Di tepi pantai yang sunyi, di bawah bulan purnama, EL dan Kyra duduk agak berjauhan. Ombak menghempas perlahan. Malam itu, tiada gelak tawa. Tiada pony. Tiada ketam. Hanya dua hati yang tahu mereka perlu melepaskan.

“I sayang you, Kyra. Tapi kita pernah sakit dan kembali bahagia. Di dunia yang lain. Dan I tak sanggup nak sakitkan you lagi."

Kyra menangis, tapi dia tersenyum.

"EL... you tahu tak? I paling ingat saat you panik bawa I ke klinik sebab alahan I. Masa tu, walaupun I sakit, I rasa... selamat. Sebab you ada."

EL mengesat air matanya.

“I paling ingat masa you jatuh dari pony. You bangun, senyum, dan kata pony tu benci you. Masa tu... I tahu I dah jatuh cinta."

"Mungkin kita tak bersama di dunia ni. Tapi I tahu... di suatu tempat, di dunia yang lain, kita pernah bahagia. Dan mungkin... di sana, kita masih bersama."

EL dan Kyra berpisah dengan senyuman yang penuh air mata — kerana mereka tahu, kadang-kadang, perpisahan yang penuh cinta lebih indah daripada pertemuan yang dipaksa.

Pasukan & pelakon

Tier sokongan

Pilih tier & sokong