Gelung
Mereka membunuh puak itu. Sekarang puak itu membunuh masa.
- Film
- Thriller
- Pengarah: Ungku Ismail Aziz
- Pra-produksi
Sinopsis
Lima anak muda dari dunia media sosial – Joey, Aete, Ily Yana, Hakim, dan Talib – menerima peluang yang tidak boleh dilepaskan: bermalam di Rumah Seri Bayu, sebuah rumah agam lama yang terbiar di tengah hutan, yang terkenal dengan kisah seramnya. Rumah itu dikatakan dibina di atas tanah bekas perkuburan puak asli yang dibunuh pada tahun 1949, dan sejak itu, tiada siapa yang mampu bertahan lebih daripada satu malam di dalamnya. Tiada malam mengganti malam kecuali mereka terpaut pada malam yang sama setiap kali dibunuh.
Mereka memasang kamera di setiap sudut, merancang untuk merakam segala kejadian aneh dan bersiaran langsung ke platform masing-masing. Pada mulanya, hanya gangguan kecil – pintu berderit, lampu berkelip, bayang-bayang bergerak. Tetapi apabila malam semakin larut, Talib mula meracau, meramalkan kematian yang akan berlaku. Mereka ketawa dan menganggapnya gila.
Perubahan ketawa menjadi takut itu berlaku apabila salah seorang dari mereka dibunuh. Keesokan harinya, mereka semua bangun semula di ruang tamu yang sama, pada waktu yang sama, tanpa sebarang kesan luka. Kamera mereka kosong. Tiada rakaman. Dan mereka masih berada di Rumah Seri Bayu.
Mereka terperangkap dalam Gelung – sebuah time-loop yang mengulangi hari yang sama selama-lamanya. Setiap malam mereka mati dalam cara yang berbeza. Setiap pagi mereka bangun semula, dengan satu kuku jari bertukar hitam. Apabila kesemua sepuluh kuku hitam, mereka akan mati untuk selama-lamanya – tiada kembali.
Talib akhirnya mengaku: dia tahu tentang puak asli yang dihapuskan di tanah ini. Dia merasakan kemarahan, kesedihan, dan dendam mereka. Mereka tidak akan melepaskan penghuni rumah ini sehingga keadilan ditegakkan – tulang-tulang puak itu perlu dikebumikan semula dengan penghormatan.
Kini, lima influencer itu bukan lagi berlawan untuk kandungan viral. Mereka berlawan untuk nyawa. Perlumbaan melawan masa bermula – sebelum kuku kesepuluh menjadi hitam, dan gelung itu menutup pintu buat selama-lamanya.
Pasukan & pelakon
- Ungku Ismail AzizDirector
- Bob FitriD.O.P
- Pahzai Al KhairedIdea & Cerita
- Jazmy JumaJoey
- Erysha EmyraIly Yana
- Anna JoblingAete
- Nazim OthmanHakim
- TalibSyafie Naswip
Tier sokongan
-
Cili Padi!
RM 5 -
Baik Punya Sapot
RM 50Nama dalam kredit akhir filem
- Nama dalam kredit
-
Bukan Kaleng Kaleng
RM 500Nama dalam kredit kahir filem + Jemputan ke tayangan perdana + T-Shirt
- Nama dalam kredit
- Jemputan ke tayangan perdana
- T-Shirt
-
Memang Mahu Kasi Jadi!
RM 1,000Penyaksian majlis pindah dana kepada Kreator + Jemputan ke sesi pindah dana kepada Kreator + Nama dalam kredit akhir filem + Jemputan ke tayangan perdana + Jemputan ke set penggambaran + T-Shirt dan Topi + Meet & Greet + Peluang Main Game dan Menang Prop/Wardrobe Watak
- Penyaksian majlis pindah dana kepada Kreator
- Nama dalam kredit sebagai Penerbit Eksekutif
- Jemputan ke tayangan perdana
- Jemputan ke set penggambaran
- T-Shirt dan Topi
- Meet & Greet
- Peluang Main Game dan Menang Prop/Wardrobe Watak
200 daripada 200 lagi