Kongsi coretan untuk naskhah
bersama komuniti
Kasi Jadi Jom! adalah platform Malaysia untuk pengkarya, penggiat dan peminat bekerjasama dalam menjayakan filem, drama siri, video game, apps, dan juga start-up apa-apa pun. Penyumbang bukan sekadar menyumbang — mereka pilih, cadang, pesan dan tentukan pelakon, bentuk cerita, undi plot dan ending — menjadikan mereka sebahagian daripada perjalanan.
Semua Projek
Lihat dan sokong projek kreatif.
Melabur untuk Projek, Raih Manfaat Bersama
Tidak terhad kepada hadiah tetap untuk penyumbang biasa, jenama dan syarikat boleh melabur terus ke dalam projek bagi produk atau logo mereka disertakan ke dalam karya seperti babak kafe di lokasi kedai, kereta dari dealership jadi hero vehicle, jenama phone nampak sepanjang filem techno-thriller.
Disebabkan cara konsep ni mempengaruhi jalan cerita, bajet, dan jadual penggambaran, maka pelaburan bukan sekadar sekali tekan dan tunggu jadi. Selepas wakil syarikat atau jenama menghantar minat melalui borang di bawah, pasukan KJJ! akan semak dan bincang sebelum menghubungi untuk sepakat lanjut berkenaan kesesuaian kreatif, penempatan babak tepat, dan timeline produksi. Sepanjang produksi berjalan, pihak pelabur akan mendapat update dari masa ke semasa. Tier pelaburan biasanya bermula dari RM15,000 berdasarkan skala dan masa di skrin.
Skinelle
Penempatan Produk
Mommy Hana
Rakan Jenama
Power Congak
Rakan Teknologi
Faboulooks
Penaja Heroin
Cermin mata RayBan Tom Cruise dalam Top Gun
Reese's Pieces dalam E.T.
Bola Wilson dalam banyak filem Hollywood
Mercedes dalam Jurassic World
- Penempatan latar / set dressing
- Kredit logo di babak penutup
- Sebutan media sosial
- Babak skrin khas / sebutan dialog
- Logo di kredit pembukaan atau penutup
- Hak kandungan behind-the-scenes
- Jemputan tayangan perdana untuk pasukan jenama
- Kredit "Dipersembahkan oleh"
- Integrasi pelbagai babak
- Kempen pemasaran bersama jenama
- Hak pertama untuk sekuel/projek akan datang
Walaupun ini pelaburan, jumlah penuh akan tetap direfund 100% jikalau projek dibatalkan/ditamatkan.
Setiap projek hebat di Kasi Jadi Jom bermula sebagai idea kasar yang seseorang berani tulis. Kongsi idea di bawah — pasukan kami akan semak setiap hantaran dan "mungkin" akan hubungi untuk bantu bentuk jadi projek penuh.
Soalan Lazim
Soalan-soalan umum tentang Kasi Jadi Jom!
Apa itu Kasi Jadi Jom!?
Kasi Jadi Jom adalah platform crowdfunding Malaysia di mana pencipta/pengkarya dan penyumbang bekerjasama dalam merealisasikan filem dan/atau drama bersiri secara eksklusif, tetapi KJJ juga terbuka untuk penciptaan dan pembinaan video game, aplikasi, dan perniagaan baru. Penyumbang bukan sekadar menyumbang — mereka memilih pelakon, membentuk cerita, memberi tip dan cadangan, dan yang paling penting — mereka menjadi sebahagian daripada perjalanan.
Bagaimana nak Kasi Jadi projek?
Cari projek yang anda nampak ingin sekongkol sama, klik butang untuk butiran projek, jika menarik hati - tekan bukan Kasi Jadi Jom! kemudian pilih/isi cadangan atau pendapat yang diminita, pilih tier sumbangan, tentukan persetujuan dalam beberapa hal berkenaan projek/produksi, daftar dan lengkapkan pembayaran. Selesai semua, TAHNIAH! anda kini bergelar seorang pembiaya prjoek filem yang mungkin menjadi projek terkemuka di Malaysia. Semak deshbod anda untuk perkembangan projek-projek dan perhatikan jika ada perubahan atau undian cadangan baru masa ke semasa.
Apa berlaku jika projek gagal mencapai sasarannya?
Kami menggunakan model "Minimum-or-Nothing". Capai bajet minima atau projek tidak diteruskan. Jika projek tidak mencapai sasaran, jumlah sumbangan berdasarkan tier yang anda pilih sahaja kan dipulangkan semula 100% dalam tempoh 20–30 hari selepas tamat tarikh kempen. Peringatan, hanya jumlah sumbangan sahaja akan dipulangkan, dan bukan yuran pemprosesan dan yuran platform. Kerana hal ini, yang mungkin merisaukan pengkarya dan/atau peminat naskhah tersebut, pihak KJJ menyediakan konsep referral & referee, yakni satu konsep penyumbang boleh mengajak yang lain untuk menyumbang dan meraih poin hadiah dan ganjaran berdasarkan jumlah terkumpul. Pendek kata, kalau tidak banyak menyumbang pun, sekurangnya ajak ramai ramai untuk menyumbang dengan menggunakan pautan yang diberikan. Ada kemungkinan, pihak platform atau rayuan dari produksi, akan meminta kempen dilanjutkan. Sekirannya itu berlaku, KJJ akan lancarkan pengundian kepada semua penyumbang dan hasil majoriti akan menjadi penentu.
Apa itu yuran platform?
Izinkan makluman awal; Kami tidak mengenakan sebarang bayaran atau caj kepada Kreator, hasil daripada sumbangan terkumpul. Semua dana akan pergi terus kepada Kreator dan proses itu akan dimaklumkan melalui video kepada penyumbang, 100% sumbangan setelah sasaran berjaya dicapai, minima atau sasaran penuh. Walau bagaimanapun, kami mempunyai yuran platform yang dikenakan ke atas penyumbang sewaktu membuat sumbangan. Yuran ini digunakan untuk menyelenggara server untuk pengurusan trafik web yang baik, kestabilan dan baik pulih laman web dan platform. Dalam konteks baik pulih platform, kami sedang bergerak ke hadapan untuk mencipta aplikasi KJJ! yang mana ia memudahkan untuk memberikan notifikasi melalui push notifications kepada penyumbang dan Kreator. Tambahan itu, KJJ bukan sahaja bertanggungjawab dalam menyediakan ruang untuk berkongsi idea dan mendapat sumbangan, yuran platform juga digunakan untuk menjalankan pemeriksaan kepada Kreator/produksi/pengkarya untuk memastikan semua yang dicadangkan oleh penyumbang secara majoriti dipenuhi sewajarnya.
Betul-betul akan dapat pelakon yang saya nak untuk projek ini ke?
Ini bergantung kepada jumlah yang dicapai (minimum atau maksimum) yang mungkin terjejas dari perubahan harga pelakon terbaru, ketersediaan, dan persetujuan mereka. Jika pelakon tidak mahu, kita tidak boleh paksa. Dari itu juga, penyumbang harus sedia maklum bahawa hanya pelakon yang dipilih majoriti tertinggi sahaja akan dihubung dan ditawarkan. Pihak produksi akan membentangkan bajet baru untuk menyesuaikan dengan keadaan, jalan cerita, lokasi, pilihan pelakon, apa yang boleh ditolak, dan apa yang harus kekal. Perbelanjaan bajet penuh hanya akan tersedia pada masa tertentu, di deshbod untuk menunjukkan jumlah tepat semasa produksi.
Betul-betul projek ini akan jadi?
Kreator disarankan untuk menjadi sangat aktif dalam mengemaskini projek semasa crowdfunding. Ini untuk mengekalkan dan menambah kepercayaan, ketelusan dan kewibawaan sebagai seorang pengkarya. Isu dana adalah satu isu yang sangat sensitif apatah lagi apabila melibatkan campur tangan ramai pihak. Kreator/produksi dipertanggungjawabkan untuk berusaha sebaik mungkin untuk menyampai dan mempersediakan hasil projek seperti mana cadangan dan undian penyumbang, tetapi tidak 100% dijamin. Peringatan bahawa projek yang sedang berjalan tertakluk kepada cabaran dalaman dan luaran dan perlu menanggung akibat yang akan mempengaruhi hasil sumbangan dan keputusan undian serta cadangan.
Kenapa ada bajet minimum dan maksimum?
Niat di hati, jiwa dan raga, kami ingin sesuatu projek itu tetap menjadi walaupun bajet pembikinannya rendah dan jika bajet terus bertambah, Kreator disarankan untuk menaik taraf kondisi dan kualiti naskhah setelah memulakan produksi pada bajet minimum. Kami tak mahu memulakan projek pada tahap terlalu tinggi kosnya kerana projek bajet rendah masih boleh membantu krew dan pelakon mendapat kerja dan menjayakan projek. Naskhah bajet rendah juga, masih sebuah hasil pendapatan dan pekerjaan yang boleh dinikmati bersama. Suka diingatkan, ini semua adalah sesuatu yang menarik untuk diikuti rapat oleh penyumbang, lagi lagi mereka yang menyumbang besar. Lantas itu, Kreator diwajibkan (selepas persetujuan) untuk menyediakan pecahan bajet lengkap kepada KJJ untuk memahami pengurusan kewangan projek mereka.
Kenapa ada project budget marketing agak tinggi ya?
Pelakon dan artis sudah mula membuat promosi pada waktu ini sebelum apa-apa pun jadi. Mereka bersetuju jika projek ini menjadi, mereka akan terima bayaran promosi dan pemasaran. Ini adalah sebahagian daripada strategi untuk memastikan projek mendapat perhatian yang sewajarnya.
Hasil ajakan lain menyumbang tu dapat hadiah apa?
Ganjaran bergantung kepada jumlah rujukan yang berjaya, jenis projek dan tahap projek. Berikut di bawah adalah contoh hadiah dan ganjaran setakat akhir kemaskini, tidak terhad kepada:
- Raihan 300 poin bakal mendapat topi dan t-shirt eksklusif Kasi Jadi Jom.
- Raihan 500 poin bakal mendapat shoutout dari artis kegemaran untuk projek yang sedang aktif serta ganjaran dari poin sebelumnya.
- Raihan 1000 poin bakal mendapat peluang panggilan video bersama artis dan rakaman eksklusif penggambaran serta ganjaran dari poin sebelumnya.
Ganjaran ajakan akan diumumkan dari masa ke masa, pastikan penyumbang sentiasa rapat kepada proses dan perjalanan projek di deshbod. Antara ganjaran lain dalam pertimbangan adalah penerimaan wardrobe watak, prop, jemputan ke set, dan sebagainya. Ganjaran ini semua biasa ditawarkan kepada tier sumbangan yang tinggi.
Adakah sumbangan saya selamat?
Ya. Kami menggunakan Billplz untuk pemprosesan pembayaran yang selamat dan semua data disulitkan. Sila rujuk Terma & Syarat kami untuk maklumat lanjut tentang perlindungan data dan dasar privasi.
Bayaran diproses melalui apa ya?
Kami menggunakan Billplz, sebuah platform pembayaran tempatan yang dipercayai oleh pelbagai organisasi di Malaysia termasuk PDRM dan perniagaan lain. Ia membolehkan pelbagai kaedah pembayaran (FPX, DuitNow, e-wallet), bayaran yang lebih pantas dan selamat, serta yuran yang telus dan berpatutan. Untuk makluman, bagi model sumbangan & ganjaran, dana mengumpul tidak perlu dipegang dalam akaun amanah seperti platform pelaburan ekuiti yang dikawal selia SC. Namun, kami komited terhadap ketelusan dan akejujuran dalam menjadikan sesuatu projek itu JADI.
Siapa Kreator ni sebenarnya?
Kreator adalah mereka yang memulakan/mendaftar/menghantar cadangan projek ke KJJ dan bertanggungjawab sebagai holder projek masing-masing di dalam platform. Kreator mungkin adalah seorang penerbit, penulis, pengarah, pelakon atau orang biasa sahaja. Bagi setiap projek yang berjaya disiapkan, Kreator lah yang memegang hakmilik rekacipta projek itu kecuali Kreator sudah mengutus perjanjian lain bersama KJJ atau dengan produksi yang bekerjasama.
Ada beza ke Kasi Jadi Jom ni dengan platform lain?
Kami bukan sekadar platform crowdfunding biasa. Kami adalah ruang di mana pencipta dan penyumbang duduk sama rendah — di mana peminat bukan sahaja menyumbang, tetapi menjadi sebahagian daripada perjalanan. Mereka mengundi pelakon, usul dan cadagan, memberi idea cerita, mencadangkan tajuk, berkongsi tips, dan yang paling penting — mereka melihat impian mereka menjadi kenyataan bersama-sama.
Apa kami penyumbang boleh masuk campur tangan?
Penyumbang digalakkan untuk memberi pandangan, cadangan juga undian pada mana mana tempat yang disediakan dan KJJ dan pihak tertentu amat komited dalam memastikan suara dan undi majoriti diguna pakai untuk pembikinan naskhah. Sungguhpun itu, semuanya adalah tertakluk kepada sepakat KJJ dan Kreator untuk memberi maklum muktamad tentang pilihan pada sepanjang kempen.
Apakah cerita akan follow sebeijik seperti apa yang ditulis di sinopsis?
Penulisan matang ketika menulis dan setempoh para penulis berbincang ketika mereka di dalam writer’s room. Dalam kebanyakkan waktu, penulisan asal akan berubah yang mana ini akibat dari gubahan dan campur aduk idea-idea baru yang lebih sesuai dan kemas untuk dirangka bagi skrip bekerja. Penambahan dan pengurangan elemen, plot, watak, ciri watak dan momen dari babak yang awalnya tertulis boleh sahaja berubah, dan ini adalah perkara biasa untuk pastikan kesesuaian cerita lebih terjamin. Kerana ini juga, kami sediakan ruangan Nota Tambahan, untuk mereka yang ingin berkongsi idea kepada plot, watak, babak ataupun sinematografi.
Terma & Syarat Pengunaan
Lebih sedekad merayau sana sini antara orang kaya ini, Datuk ini, Tan Sri itu,
syarikat ini, jenama itu, studio dan pejabat di seluruh Malaysia — mengejar mencari mengais dana hanya
kerana mahu idea si kerdil ini direalisasikan, tetapi 99% waktunya, hampa. Kami tahu macam mana rasanya
ada skrip siap atau prototaip berfungsi tapi tak tahu nak bawa ke mana. Buat perap dalam otak,
peram dalam SSD, sampai bila? Sampai tiba tiba idea kita direalisasikan orang lain dan kita
hanya mampu gembira dalam sedih melihat kejayaan mereka.
Kasi Jadi Jom wujud sebab kami dah penat tengok kru/pengkarya/pemaju solo berbakat batalkan niat
dan impian hanya sebab pintu dana tradisional tertutup untuk mereka,
dan kembali kepada persoalan looping - "Ok siapa ya boleh tolong aku sekarang?"
Kebanyakkan dari pengkarya ingin juga merasa bebas daripada keterikatan syarat & caturan harga stesen TV dan platform OTT. Mereka juga ingin merasakan Hakmilik produksi kekal, Royalti, dan Licensing Fees sepenuhnya milik mereka. Dapat mereka rasakan bersama keluarga dan yang tercinta dan kami percaya bahawa artis secara am labelnya itu — pelakon, penulis, pengarah, sinematografer, pereka set dll.— harus ddiberikan peluang untuk mencari ruang dan peluang sendiri untuk mencapai garapan mereka.
Visi kami adalah untuk membantu mereka mengekalkan kestabilan arus gerak peluang pekerjaan yang berterusan. Bukan apabila dilihat suram, dilihat surut, ditanya "Tengah takde job la tu..." sedangkan tiada bantuan dan sokongan apa pun dihulurkan. Sedangkan kita semua sama sama gembira dan suka apabila naskhah berjaya dihasilkan dan memanfaat secara dakwah atau hiburan kecil bagi awam dan seniman. Kami cipta platform KJJ ini untuk menempatkan karya berkualiti tinggi dan moga berjaya menjemput ramai untuk di dihasilkan, dan semua orang yang terlibat mendapat nikmat kerjasama yang sewajarnya. Pasti bukan selamanya bertakuk dengan sumbangan, tapi batu loncatan apa kecuali hanya canangan sahaja?
Terutama sekali apabila kita tahu kita ada peminat yang sangat setia yang sanggup menyokong usaha seni kita dan membelanjakan wang untuk karya kita. Mereka adalah peminat yang faham dan menghargai setiap detik, setiap babak, setiap usaha yang kita curahkan. Mereka adalah sebab utama kita terus berkarya. Mereka juga mahu projek ini berjaya, tetapi di mana mampu mereka membantu kita?
Kita semua berkongsi idea-idea hebat di media sosial dan kita mahu melihatnya menjadi kenyataan. Idea-idea hebat perlukan wang untuk direalisasikan. Bukan setakat sembang acah art tapi mati haus kontang di jalanan, dibiar berdebu hasil jenuh perah otak. Kita boleh terus menunggu — atau kita boleh bermula daripada pendanaan ramai kerana sebenarnya ramai orang yang mahu membantu dan mahu melihat kita menang. Mereka mahu menjadi sebahagian daripada kejayaan ini. Kasi Jadi Jom! adalah jambatan antara impian dan realiti.
Misi Kami
Memudahkan mana-mana artis — pengarah, pereka game, pembina app dll. — untuk mengkhabarkan karya di hadapan orang yang betul-betul nak tengok ia dihasilkan, membiayainya bersama, dan kekal sebagai sebahagian daripada proses. Kami bekerjasama terus dengan penerbit, pengarah, dan studio bebas untuk buka pintu ini luas-lebar, satu projek pada satu masa. Awalan ini, kami damping bersama penerbit produksi Pandang Timur untuk keizinan kongsi luah ini.
Untuk Peminat Setia
Kepada semua peminat yang sentiasa menyokong — kami tahu anda wujud. Kami tahu anda mahu melihat karya kegemaran anda dihasilkan dengan kualiti terbaik. Kasi Jadi Jom adalah ruang untuk anda — untuk menjadi lebih daripada sekadar penonton. Untuk menjadi sebahagian daripada sejarah.
Untuk Pencipta
Jangan biarkan projek hebat anda mati di atas kertas. Di Kasi Jadi Jom, anda akan menemui komuniti yang percaya pada visi anda dan bersedia untuk membantu merealisasikannya. Kami akan berada di sisi anda — dari pra-produksi hingga ke tayangan perdana. In Syaa Allah.
"Giatkan, Sumbang, Jalan Sama"
More on our journey, milestones, and the producers we've worked with — coming soon.
Deshbod Penyumbang
Anda akan dialihkan ke deshbod peribadi untuk tatapan dan tetapan projek, sumbangan, dan ganjaran.
Deshbod ni halaman berasingan untuk keselamatan dan prestasi.