Poster Istiqomah

Istiqomah

Ketika bisikan itu berkata: 'Keluar', mereka pilih untuk kekal.

  • Film
  • Religion
  • Pengarah: Sabri Yunus
  • Pra-produksi
RM 21terkumpul daripada RM 1,500,000
2penyokong
20 Februari 2027tarikh tutup
Sokong projek ini

Sinopsis

Pelajar di madrasah As Siddiq menghabiskan harian mereka dalam madrasah yang jauh dan agak terpencil. Mereka sana tekun menjaga solat, puasa sunat, wirid dan bacaan Quran sentiasa didengari bergema.

Akan tetapi, di sebalik amalan soleh itu, ada di antara mereka yang menyimpan kegelisahan sendiri - Aina, Safiya, Maisara, Kalsom, dan Laila.

Aina antara yang sentiasa merasakan kekosongan walaupun tekun beribadah, dia sentiasa mempersolkan dalam hatinya, apakah ibadat yang dia lakukan ini mempunyai apa apa kesan kepada dirinya. Safiya di dalam As Siddiq adalah kerana dipaksa menjadi "contoh" oleh keluarga, ayahnya seorang yang garang dan dia tiada jalan lain kecuali akur. Maisara sentiasa overthinking setiap dosa kecil sehingga menyebabkan dia tidak boleh tidur. Maisara juga mengalami masalah sentiasa diganggu perasaan yang memaksa dia Keluar dari agama. Kalsom merindui ibu yang sakit, tetapi dia tidak mempunyai apa dan jika pulang ke kampung, jirannya tak mampu untuk menguruskan dia dan ibunya. Laila hilang semangat kerana tiada siapa yang benar-benar mendengar.

Satu hari, di antara kelas kelas, seorang dari mereka memberanikan diri bertanya pada Ustazah Salmah: "Kenapa hati kami rasa jauh walaupun ibadat kami sentiasa tanpa putus?” Jawapan Ustazah Salmah singkat dan keras: "Kamu tidak cukup ikhlas. Diam dan teruskan." Dan sejak itu, bisikan aneh mula menghantui seseorang di antara mereka. Suara itu berbisik: "Keluar. Tuhanmu tidak ada di sini." Malam berganti malam, kegelisahan, ketakutan dan kegundahan terus membuak di dalam mereka.

Pada suatu malam, mereka terlihat satu kemungkaran yang berlaku di hadapan mereka—sesuatu yang dilakukan oleh Ustazah Salmah sendiri, satu perbuatan yang menghancurkan kepercayaan mereka terhadap madrasah As Siddiq, yang selama ini mereka anggap suci dan dipercayai. Apabila mereka cuba bersuara, mereka diancam. Perasaan tidak dilindungi itu terus memuncak. Dalam ketakutan dan kekeliruan, mereka melarikan diri pada tengah malam. Pihak madrasah mengejar mereka dari belakang. Akhir mereka menanti apabila terperangkap pada satu jalan mati.

Tetapi pelarian mereka bukan dari Tuhan. Mereka lari dari manusia yang mengkhianati nama-Nya.

Pasukan & pelakon

Tier sokongan

Pilih tier & sokong